Sunday 1 April 2012

keluhan,,

hidup ini banyak cabaranya,
sampaikan ada yang tidak sanggup menghadapinya..
hidup ini kadang kala ceria tidak terkata,
sampaikan terlupa masih ada yang mengalir air mata..
hidup ini tidak pernah lekang dengan sindiran kata-kata,
sampaikan telingan berbisa mendengarnya..
hidup ini kadang kala membuat kita terluka,
sampaikan terlupa bagaimana mahu ketawa..
hidup ini sememangnya menguji kesabaran hambanya,
sampaikan ada yang menangis kerananya..
hidup ini memang mudah untuk berkata kesalahan dirinya,
sampaikan terlupa diri sendiri masih banyak cacat celanya..
hidup ini memang penuh dengan kemanisan kata-kata,
sampaikan ada yang jatuh cinta kepadanya..
hidup ini kadang kala terasa tak dipedulikan sesiapa,
tapi sebenarnya masih ramai menyayangi kita..
hidup ini sentiasa berkejar dengan masa,
sampaikan terlupa diri ini masih punya keluarga..
hidup ini memang mudah untuk berkata-kata,
tapi bagaimana pula mahu laksanakannya..
hidup ini selalu mengajar kita,
untuk berjaya mestilah berusaha,
semahu-mahunya,
sehingga kita kadang kala terlupa,
yang maha esa berkuasa menentukan segalanya...

#nukilan ini aku coretkan waktu tingkatan 5..#

2 comments:

  1. Iema,

    Nice - penggunaan widget untuk 'rank' / 'reaction'. Minta buat label untuk post, terima kasih.


    a z z w a n

    ReplyDelete